Khasiat Buah Apple
Menurut kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.
Meski pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin berdiet.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :
Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membrane paru-paru.
Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko kanser.
Menghidu epal dapat menenangkan fikiran.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman :-
- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:
- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/
===================================================================
Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.
Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian.
Kami sedia membantu, insyaAllah.