Khasiat buah kiwi
Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan bahawa buah kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrient daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna kita akan memperolehi lebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan khasiat buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren,lebih banyak potassium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijiran kepingan sekam. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijiran.
Pengurus Sains Kesihatan Zespri Internasional Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan member kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengana nutrient yang sangat bermanfaat.
Menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain ia dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel. Kajian itu juga memdapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak khasiat antaranya meningkatkan tahap imunisasi semulajadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selesema dan penyakit lain. Buah kiwi kuning dan hijau ini juga dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa yang panjang seperti radang sendi, kanser, penyakit jantung,kencing manis dan juga masalah berat badan. Ianya juga dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampi melindungi serangan kanser yang berkaitan dengan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.
Buah kiwi ini juga sarat dengan phytonutrients yang sangat baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols, sebagai antioksidan dalam tubuh enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata.
Perbezaan Antara Buah Kiwi EMAS Dan Kiwi HIJAU?
Buah kiwi hijau dan emas mempunyai perbezaan, terutamanya adalah dari segi rasa. Buah kiwi HIJAU mempunyai rasa yang sangat masam dan kelat, manakala buah kiwi EMAS pula berasa cukup masak dan tropika, gabungan rasa buah mangga,tembikai dan juga sitrus. Orang yang mendapati buah kiwi HIJAU terlalu kelat kebiasaanya akak menyukai buah kiwi EMAS. Perbezaan lain pula ialah warnanya EMAS dan bukan HIJAU, dan ianya berbentuk lonjong dengan kulitnya yang licin dan mempunyai mahkota di atasnya.
Dan seperkara lagi yang anda perlu tahu buah kiwi HIJAU perlu menungu beberapa hari lagi untuk ianya masak, tetapi tidak pada buah kiwi EMAS, ianya sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Khasiat dan manfaat buah kiwi HIJAU dan EMAS :
Kedua-duanya padat gengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya adalah dari segi “hebat” dan “sangat hebat”. Contohnya, satu hidangan buah kiwi EMAS mempunyai lebih daripada 300% vitamin C saranan RDA, tetapi buah kiwi HIJAU pula mempunyai lebih daripada 200%, kedua-duanya adalah sumber yang baik untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda penuh bertenaga.
- Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.
- Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.
- Kalium. Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.
- Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.
- Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
- Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
- Magnesium. Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.
Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment