Thursday, March 15, 2012

Kelebihan Berhenti Merokok Dari Segi Sains



Ketagihan merokok sememangnya sukar untuk dihentikan jika seseorang perokok itu tidak mempunyai keazaman yang tinggi untuk berhenti. Ada juga yang mengatakan jika seseorang itu sudah bermula merokok dari sekolah rendah peluang untuk berhenti itu seperti tiada.
Ini kerana rokok sudah menjadi sebahagian dari dirinya dan juga jika dia cuba berhenti merokok secara mendadak boleh menyebabkan kesihatannya terganggu.
Namun, berhenti merokok memang mempunyai banyak kelebihannya, antaranya :

1. Dalam sejam — Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun
2. Lapan hingga 12 jam — Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus
3. 24 jam — Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun
4. 48 jam — Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan
5. Dua minggu — Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus
6. Empat minggu — Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya
7. Setahun — Risiko sakit jantung turun 50 peratus
8. Lima tahun — Risiko strok sama dengan orang tidak merokok
9. 10 tahun — Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok
11. 15 tahun — Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2009/06/kelebihan-berhenti-merokok-dari-segi-sains/

Thursday, March 8, 2012

Sesak nafas kronik bahana rokok




DAHULU rokok sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Setiap pagi sebelum menjamah makanan lain, rokok perlu diberi keutamaan,'' ujar Lau Swe Teng.

Bagaimanapun keadaan itu sudah berubah, sebaliknya rokok kini menjadi musuh utamanya apabila baru-baru ini dia diserang sesak nafas teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama 10 hari.

Lebih parah doktor mengesahkan Swe Teng menghidap penyakit sekatan pulmonori kronik (COPD) yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Peristiwa itu betul-betul mengubah kehidupan lalu DIA meninggalkan 'buah hatinya' yang mula 'dikenali' ketika usianya baru mencecah 12 tahun.

Dia bermula dengan menghisap rokok daun sebelum lama-kelamaan beralih kepada rokok biasa.

"Biarpun usia masih muda, tetapi waktu itu saya mampu menghabiskan lima batang rokok setiap hari,'' ujarnya lagi yang kini berusia 66 tahun.
Ketagihan rokok bagai tidak ada kesudahan sehingga dia menghabiskan tiga hingga empat kotak rokok sehari.

"Rokok adalah kekasih saya, cinta saya terhadap dia melebihi daripada isteri dan anak-anak saya sendiri,'' ujar perokok tegar itu.
Bagaimanapun kini Swe Teng mengakui dia menyesal dengan tabiat buruk tersebut yang kini telah merosakkan paru-parunya.

"Sudah banyak wang dihabiskan untuk berubat. Malah semua wang simpanan saya habis dilaburkan untuk berubat,'' ujarnya penuh kesal.

Kini dia bukan sahaja tidak dapat melakukan kerja-kerja berat kerana sering mengalami sesak nafas tetapi menjadikan dirinya cepat letih.

Keadaan itu membuatkan dia nekad meninggalkan tabiat buruk dan memulakan kehidupan baru.

Malah, dia turut melakukan senaman pada setiap hari selain menitikberat soal pemakanan.
"Hari pertama tidak merokok ia amat sengsara. Tetapi mengenangkan penyakit yang saya tanggung memberikan semangat untuk meneruskan usaha itu,'' ujarnya yang mengambil ubat-ubatan selain menggunakan gas untuk mengurangkan masalah COPD.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia, Prof. Dr. Roslina Manap memberitahu, biarpun COPD dianggap penyakit biasa dan jarang didiagnos, tetapi hakikatnya pesakit mengalami penderitaan yang akhirnya menjejaskan kualiti kehidupan, seterusnya terdedah kepada risiko maut.

Realitinya, COPD adalah penyakit yang kebanyakannya dialami penghisap rokok tegar di seluruh dunia dengan nisbah dua daripada lima perokok akan menderita penyakit itu.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), pembunuh senyap itu mengorbankan hampir tiga juta nyawa setiap tahun selain 210 juta orang lagi hidup sengsara dibelenggu COPD.

WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan penyakit itu akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu.

Ia dijangka sebagai penyebab utama kepada kematian dan ketidakupayaan akibat masalah penyakit pernafasan menjelang tahun 2020.

Terang Roslina lagi, penyebab utama kepada COPD ialah rokok. Malah lebih 90 peratus daripada penderita penyakit itu ialah perokok atau bekas perokok.

"COPD ialah sejenis penyakit kronik kerana ia kekal untuk tempoh yang sangat lama dengan pelbagai simptom yang kerap. Ia juga dianggap menyekat, kerana ia memberi kesan kepada aliran udara yang melalui paru-paru.

"Sekatan ini menyebabkan pesakit menderita kerana gangguan pernafasan termasuklah ketika melakukan kerja harian yang mudah," ujarnya
.
Punca lain COPD termasuklah persekitaran seperti pencemaran udara atau asap kimia dan juga faktor genetik.

Tegas Roslina, merokok adalah satu daripada risiko umum COPD. Tabiat tidak sihat itu menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan.

"Ia menambahkan pengeluaran mukus yang menyebabkan halangan kronik pada saluran pernafasan," jelasnya.

Lebih menggerunkan, daripada lima orang merokok, dua daripada mereka berpotensi besar untuk dijangkiti penyakit itu.

Bagaimanapun, tegas beliau, jika tidak dirawat, COPD boleh membawa kepada sesak nafas yang teruk ketika melakukan aktiviti seharian.

Katanya, kebiasaannya penyakit tersebut akan menyerang perokok tegar yang berusia 40 tahun ke atas.


Sumber petikan daripada : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Saturday, March 3, 2012

13 Tips Terbaik Untuk Berhenti Merokok




 1. Tahu Kenapa Anda Ingin Berhenti Merokok
Anda ingin berhenti merokok tetapi atas sebab apa? “Sebab rokok tidak menyihatkan” bukanlah satu alasan yang betul-betul kukuh untuk anda berhenti merokok. Untuk mendapatkan motivasi, anda memerlukan sebab yang sangat kuat dan kukuh untuk berhenti. Mungkin anda ingin melindungi keluarga anda daripada bahaya merokok. Atau mungkin akibat merokok yang antaranya menyebabkan penyakit kanser paru-paru memberikan anda kesedaran untuk berhenti merokok. Atau anda ingin nampak lebih muda dan sihat. Pastikan anda tahu apakah alasan sebenar untuk anda berhenti merokok.

2. Tidak perlu berhenti secara mendadak

Pada awalnya anda pasti bersemangat untuk berhenti terus tanpa menyentuh langsung batang rokok tersebut. Tetapi ia bukanlah perkara yang mudah dilakukan. 95% individu yang cuba untuk berhenti merokok kembali ke tabiat lama semula selepas beberapa ketika berhenti merokok. Puncanya adalah kerana nikotin membolehkan seseorang itu ketagih. Otak sudah terbiasa mendapatkan nikotin dan memerlukannya. Apabila nikotin tiba-tiba tiada simptom-simptom disebabkan ketiadaan nikotin akan berlaku.
3. Cuba Terapi Nikotin- Gantian

Apabila anda berhenti merokok secara mendadak, simptom ketiadaan nikotin akan menyebabkan anda berasa tertekan, resah dan mudah marah. Terapi nikotin-gantian mampu mengurangkan perasaan-perasaan tersebut. Kajian telah menunjukkan gula-gula getah nikotin, tampalan nikotin mampu meningkatkan peratus untuk anda berhenti merokok dengan jayanya apabila digabungkan dengan program tingkah laku secara intensif. Tetapi menggunakan produk ini ketika merokok sangatlah tidak digalakkan.
4. Bertanyakan tentang pil preskripsi

Untuk mengurangkan simptom ketiadaan nikotin tanpa menggunakan produk yang mempunyai nikotin, tanyakan pada doktor tentang ubat yang berkaitan yang mampu menolong anda untuk berhenti merokok. Terdapat pil-pil yang mampu mengurangkan dengan memberi kesan terhadap bahan kimia di dalam otak. Ia juga akan menyebabkan merokok itu tidak menyeronokkan untuk anda. Ubat lain ada juga membantu untuk anda mengatasi simptom ketiadaan, seperti tekanan dan juga tidak upaya untuk fokus.
5. Jangan berseorangan dalam menghadapi masalah ini.

Beritahu rakan, keluarga dan rakan sekerja anda yang anda sedang berusaha untuk berhenti merokok. Sokongan dari mereka mampu menggerakkan anda lebih jauh untuk melakukan perubahan. Anda mungkin boleh sertai kumpulan sokongan atau bercakap dengan kaunselor. Terapi tingkah laku antara jenis kaunseling yang membantu anda mengenal pasti dan mengekalkan strategi untuk anda berhenti merokok. Seperti yang telah saya katakan tadi, kombinasi terapi tingkah laku dan juga terapi nikotin-gantian mampu meningkatkan kejayaan anda untuk berhenti merokok.
6. Kawal tekanan anda.

Salah satu sebab mengapa seseorang mula merokok adalah kerana ia membantu mereka untuk relaks. Apabila anda berhenti, anda memerlukan alternatif lain untuk mengatasi stres anda. Cuba lakukan aktiviti yang dapat merehatkan minda seperti berurut, spa, dengar lagu-lagu yang relaks ataupun anda boleh mempelajari yoga mahupun tai chi. Kalau boleh cuba elakkan dari situasi yang membawa kepada tekanan beberapa minggu selepas anda berhenti merokok.

7. Elakkan alkohol, dan faktor pencetus yang lain.

Terdapat aktiviti yang boleh meningkatkan rasa ingin merokok. Alkohol adalah antara faktor pencetus yang utama dalam hal ini. Sekiranya anda minum alkohol (kepada yang bukan beragama Islam)  cuba untuk kurangkan aktiviti minum anda sekiranya anda berazam kuat untuk berhenti merokok. Sekiranya kopi adalah pencetusnya, cuba tukarkan kepada teh untuk beberapa minggu. Dan sekiranya anda sering merokok selepas makan, cuba lakukan perkara lain, seperti mengunyah gula-gula getah atau memberus gigi.
8. Bersihkan rumah

Selepas anda merokok, pastikan anda buang sisa-sisa mangkuk rokok dan juga ‘lighter’. Basuh semua baju yang berbau rokok dan bersihkan karpet rumah anda. Gunakan semburan seperti ‘febreeze’ untuk membuang bau-bau rokok tersebut. Anda tidak boleh melihat dan juga menghidu apa-apa yang mengingatkan anda kepada merokok.

9. Cuba dan cuba lagi.

Ia sangatlah biasa sekiranya anda kembali kepada tabiat lama beberapa kali. Ramai perokok mencuba beberapa kali sebelum membuang rokok untuk kebaikan. Ketahui keadaan dan emosi anda yang menjadi punca kepada kembalinya anda kepada tabiat lama. Gunakan peluang ini untuk meyakinkan diri anda untuk memberikan komitmen berhenti merokok. Selepas anda telah membuat keputusan untuk mencuba berhenti merokok sekali lagi, letakkan tarikh berhenti merokok pada bulan berikutnya.

10. Bersukan dan bersukan.

Apa yang saya minat mengenai senaman ini adalah apabila anda meletakkan komitmen untuk bersukan, anda akan merasakan diri anda untuk berhenti merokok. Contohnya sekiranya anda berada di gym, untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, banyak perkara yang perlu dikorbankan dan antaranya ialah tabiat merokok. Ia sekaligus membantu anda berhenti merokok tanpa anda sedari.

11. Pilih ‘Reward’ anda.

Selain banyak faedah kesihatan yang lain, apa yang membantu untuk anda berhenti merokok adalah berapa banya duit yang anda telah berjaya simpan daripada membeli rokok. Gunakan sebahagian daripadanya untuk kejayaan diri anda sendiri.

12. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tidak perlu berdiet pada masa yang sama cuba untuk berhenti merokok. Terlalu banyak matlamat memusnahkan diri anda. Fokuskan dalam memenuhkan menu buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. Kajian Universiti Duke mendapati, jenis makanan sebegini menyebabkan rasa rokok itu menjadi tidak menyenangkan.
13. Berhenti untuk kesihatan anda.

Merokok menjadi faktor risiko yang banyak terhadap pelbagai masalah kesihatan termasuk kencing manis dan juga darah tinggi. Berhenti merokok mampu merendahkan tekanan darah anda dan juga mengurangkan denyutan nadi selepas 20 minit. Dalam sehari, taraf karbon monoksida dalam darah anda akan kembali normal. Dalam 2 minggu hingga 3 bulan, risiko serangan penyakit jantung menurun dan paru-paru anda berfungsi dengan lebih normal. Jangka panjang, risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar ,  kanser  paru-paru akan semakin menurun sama seperti individu sihat yang lain.
Mari kita sama-sama memulakan kempen berhenti merokok untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat.


Sumber petikan daripada : http://psipum.org/13-tips-terbaik-untuk-berhenti-merokok/

Friday, March 2, 2012

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok





Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit kanser, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Rokok punca utama COPD




Apa itu COPD?

Penyakit pulmonari tersumbat kronik (COPD), juga dikenali sebagai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COLD), penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COAD), batasan aliran udara kronik (CAL) dan penyakit pernafasan obstruktif kronik (kord), bersama berlakunya bronkitis kronik dan emfisema , sepasang biasanya wujud bersama penyakit paru-paru di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Ini membawa kepada had aliran ke udara dan dari paru-paru, menyebabkan sesak nafas (nafas yg sulit). Dalam amalan klinikal, COPD ditakrifkan oleh aliran udara yang bersifat rendah pada ujian fungsi paru-paru .  Berbeza dengan asma , batasan ini buruk berbalik dan biasanya mendapat progresif lebih teruk dari masa ke masa. Di England, 842.100 anggaran 50 juta orang mempunyai diagnosis COPD. 

















FIZIKALNYA kelihatan sihat tanpa penyakit kronik yang biasa dialami rakan seusia. Menjangkau usia 66 tahun, dia masih mampu berjalan dan gigih bekerja, namun tiada siapa menyangka di sebalik ‘kekuatan’ itu dia sebenarnya penghidap penyakit sistem pernafasan Chronic Obstructive Pulmonary Disease atau COPD.
Bagi Lau Swe Teng, tabiat merokok yang sukar dikawal sejak zaman remaja punca utama dia disahkan menghidap COPD pada 2001. Biarpun tahu berbahaya, Lau tidak pernah endah nasihat doktor dan keluarganya.
“Saya dan rokok tidak boleh dipisahkan. Jika tiada rokok, hidup tidak lengkap. Keluarga sudah jemu menasihati saya meninggalkan tabiat itu memandangkan usia semakin meningkat.

“Namun ia tidak pernah diendahkan sehingga disahkan menghidap COPD. Ubat pula saya hanya makan ikut keperluan dan tidak mengikut nasihat doktor,” kata bapa kepada dua anak.
Namun, segala-galanya berubah apabila dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari akibat sesak nafas teruk, tahun lalu.
Selepas peristiwa itu, Lau mengambil keputusan berhenti merokok, seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Lau turut menasihatkan orang ramai menjauhi tabiat merokok kerana boleh mendatangkan banyak penyakit.
“Dulu saya tidak peduli apabila disaran berhenti merokok. Apabila merasai keperitan itu, saya insaf dan lebih menghargai nyawa serta keluarga tersayang.
“Selain merugikan diri, saya menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan, sedangkan ia kegunaan masa depan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan indacaterol inhalation powder, Onbrez Breezhaler di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lau kini lebih sihat selepas berhenti merokok, apatah lagi dengan bantuan Onbrez Breezhaler yang mudah dibawa ke mana saja. Ia ringan dan boleh didapati di hospital kerajaan.
Onbrez Breezhaler dikatakan satu-satunya rawatan sedia ada pesakit COPD yang menggabungkan ubat bronkodilator secara klinikal dan mampu bertindak dalam lima minit bagi dos pertama.
Kajian menunjukkan Onbrez Breezhaler membantu menenangkan otot di sekeliling ruang udara paru-paru selain terbukti memperbaiki fungsi paru-paru dan melegakan semput pesakit COPD berbanding ubat bronkodilator lain.
COPD adalah penyakit sistem pernafasan yang memerlukan perhatian dalam bidang perubatan. Ia berlaku disebabkan penyem pitan saluran pernafasan yang kronik atau saluran pernafasan terlebih aktif hingga boleh menyebabkan kematian.
Merokok penyebab utama penyakit COPD dan paling kerap menyerang lelaki berbanding wanita, malah ia meningkat seiring usia.
Tanda-tanda awal seseorang dikesan menghidap COPD ialah apabila dia sukar bernafas ketika melakukan aktiviti atau berehat, batuk berkahak berpanjangan, bunyi seperti wisel sewaktu menghembus nafas, paru-paru berair dan bengkak kaki.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau dikesan menjadi punca utama kematian meningkat mencecah 5.4 juta orang, malah dijangka meningkat lebih lapan juta menjelang 2030.
Golongan yang berisiko mendapat COPD ialah perokok sama ada aktif atau pasif, pencemaran udara, jangkitan virus, pekerjaan, terutama pekerja di kuari atau sentiasa terdedah kepada habuk, dan faktor genetik.



Sumber petikan daripada : http://www.harian-metro-online.com/rokok-punca-utama-copd


Cara Permakanan Kapsul B17



BAGAIMANA CARANYA BIJI APRIKOT & KAPSUL BIJI APRIKOT DIMAKAN?

Huraian:
CADANGAN CARA MAKAN BIJI APRIKOT & KAPSUL BIJI APRIKOT:

 Cara 1 – Dikunyah sehingga sebati dengan air liur dan ditelan perlahan-lahan, cara ini membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji Aprikot tersebut. (Boleh dikunyah bersama kurma atau kismis atau buahan segar lain seperti epal hijau dan anggur jika tidak tahan dengan rasa pahitnya).

 Cara 2 –  Biji Aprikot  boleh dibuat jus.  Biji Aprikot  diblender dicampur dengan air mineral beserta buah-buahan seperti epal hijau, anggur, pisang, pic atau lobak merah tanpa mencampurkan gula kerana kanser pemakan gula. (Boleh juga setelah dikisar taburkan ke atas hidangan makanan).

 ***Bagi pesakit  kanser  atau pesakit yang mempunyai luka dalam tubuh, hendaklah memakan sepotong buah betik atau nanas 15 – 30 minit sebelum memakan  Biji Aprikot .

 ***Mula memakan  Biji Aprikot  dengan jumlah yang sedikit dan tambahkan jumlahnya sedikit demi sedikit sehingga sesuai dengan kondisi badan dan mencapai jumlah  Biji Aprikot  yang perlu dimakan. Apabila terlebih makan  Biji Aprikot  boleh mengakibatkan sedikit pening, khayal atau mabuk.

 ***Untuk beberapa hari memakan  Biji Aprikot , kadang kala akan mengalami demam, lemah badan, mengantuk, rasa letih dan mungkin akan tumbuh biji-biji halus seperti ruam dianggota badan. Teruskan memakannya kerana itu petanda Vitamin B17 yang terdapat dalam  Biji Aprikot  tersebut sedang aktif bekerja.

 ***Minum banyak air mineral dan makan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran yang anti- kanser  .

 ***Jangan makan  Biji Aprikot bersama buah badam.

 ***Isi perut dahulu sebelum makan  Biji Aprikot .

 ***Sila simpan  Biji Aprikot  dalam peti sejuk di bahagian kering untuk menjaga kualitinya dan mengelakkannya daripada berbubuk –Jangan dibekukan, dimasak atau dijemur di bawah sinaran matahari.

Terdapat pelbagai versi tentang jumlah(kuantiti)  Biji Aprikot  yang perlu diambil bagi setiap jenis penyakit sama ada untuk tujuan pencegahan atau rawatan. Perbezaan pendapat ini terjadi adalah kerana faktor-faktor seperti perbezaan saiz tubuh seseorang, kondisi badan seseorang,  Biji Aprikot  yang kadang kala bersaiz besar atau kecil, kandungan  Vitamin B17  yang terdapat dalam  Biji Aprikot  itu sendiri, tahap teruknya sesuatu penyakit dan bebagai-bagai lagi. Walaupun demikian, makanlah  Biji Aprikot  sebanyak mana yang termampu dalam kadar secepat yang boleh.

Vitamin B17 Rawatan Kanser Yang EFEKTIF!




"Adakah anda tahu dengan Vitamin B17 ..."


biru bintangB15/DMG juga sangat berkesan dalam meningkatkan kedua-dua tindakbalas humoral (antibodi) dan selular tindak balas imun.
biru bintangB17 akan menyerang sel kanser, jika ia berada di dalam badan anda.
biru bintangBanyak tuntutan ahli sains terkemuka di dunia yang apabila dimakan, B17 akan membuat 100% mustahil untuk menghidap  kanser .
biru bintangRamai ahli sains terkemuka di dunia mendakwa bahawa Vitamin B17 akan membunuh yang sedia ada  kanser dalam kebanyakan kes.
biru bintangVitamin B17  mengandungi laetrile. Laetrile telah terbukti selama berdekad-dekad untuk membunuh sel-sel  kanser yang sedia ada dalam kebanyakan kes.
biru bintangSel normal dalam badan mengandungi enzim yang dipanggil rhodanese, yang catalyzes tindak balas dan mengikat mana-mana cyanide percuma untuk sulfer. Dengan cara ini, sianida tidak akan meracuni sel-sel normal. Setelah cyanide terikat kepada sulfur, ia ditukar kepada cyanate yang merupakan bahan neutral dan tidak sedarkan diri di dalam air kencing.
biru bintangVitamin B17  bantu badan untuk menyembuhkan  kanser dengan protein enzyme yang dihasilkan oleh pankreas.
Dan banyak lagi kebaikan Vitamin B17  !!



Special Capsulated Apricot Seeds
60pcs RM58
120pcs RM98
300pcs RM198
* RM10 utk pos



Amat penting untuk mendapatkan bekalan  Vitamin B17   yang berkualiti dan segar. Buatlah pembelian dengan kami, syarikat yang membekalkan hasilan produk berasaskan bahan2 terpilih dan berkualiti tinggi.

Hubungi kami di +6016-733 7380 atau email MakanSutraTraders@gmail.com utk info lanjut.

Thursday, March 1, 2012

Makan Yogurt Mampu Atasi Tekanan (Stres) dan Khasiat Lain Yogurt





BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta : Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.