Wednesday, January 18, 2012

Penyebab Kanser Paru-paru


Penyebab Kanser Paru-paru

Asap Rokok

Kebanyakan kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat  merokok. Merokok mampu
meningkatkan risiko kanser paru-paru. Merokok dan menyedut asap rokok boleh
mendedahkan seseorang itu kepada sebatian-sebatian yang hadir di dalam asap rokok.
Terdapat tiga komponen utama  dalam asap rokok yang telah  dikenalpasti mampu
menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan: nikotin, tar dan karbon monoksida.
Di antara ketiga-tiga sebatian ini, tar merupakan penyebab utama kanser paru-paru di
kalangan orang yang merokok. Tar menyebabkan berlakunya gangguan kronik  pada
sistem penafasan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak
terkawal.

Asap dari Persekitaran dan di Tempat Kerja

Asbestos dan radon merupakan dua penyebab utama kanser paru-paru. Mereka yang
menghidu asap yang mengandungi asbestos menghadapi risiko yang lebih tinggi
mendapat kanser paru-paru. Kanser paru-paru yang dikaitkan dengan asbestos ini
dikenali  sebagai mesothelioma. Radon merupakan gas  radioaktif yang juga mampu
menyebabkan  kanser paru-paru. Agen-agen  lain  yang hadir di tempat kerja, yang
mampu  menyebabkan kanser termasuklah produk arang batu, yang biasanya
melibatkan pelombong-pelombong.


No comments:

Post a Comment