Wednesday, January 18, 2012

Tanda - tanda dan gejala


Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang dialami adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada tahap penyakit itu
telah merebak ke tempat lain di dalam badan ataupun tidak. Kanser paru-paru boleh jadi
asimptomatik (tanpa simptom  yang jelas) terutamanya di peringkat  awal penyakit. Ini
menyukarkan usaha untuk mengesan lebih awal. Ia mungkin boleh dikesan secara tidak
sengaja sewaktu  pemeriksaan rutin  apabila X-ray dilakukan. Di antara gejala yang
utama adalah : 

  •                Batuk

-          Batuk yang dialami biasanya adalah kronik  dan kering. Kahak yang terhasil
mungkin berdarah sedikit.
  •              Kesesakan nafas

-          Ini mungkin disebabkan oleh lumen bronkus tersumbat menyebabkan paru-paru
rebah (collapse) atau tumor tersebut menekan saluran udara menjadikannya
lebih sempit. Biasanya  cecair boleh terbentuk di kaviti dada (efusi pleura) dan
menyebabkan tekanan ke atas paru-paru.
 
  •             Sakit

-          Sakit dada, bahu dan  sakit belakang disebabkan oleh tumor yang merebak ke
tulang dan tisu berdekatan
  •            Bengkak muka

-          Disebabkan tumor menekan vena yang membekalkan darah ke bahagian dada
  •   Suara garau

-          Disebabkan saraf di kawasan dada ditekan dan menyebabkan kelumpuhan pada
saraf laringeal
  •        Apabila  Kanser  paru-paru telah merebak ke organ-organ  yang lain, ia boleh Menyebabkan


-          Sakit tulang
-           Lemah atau kebas di kawasan tangan dan kaki
-          Pening kepala 
-           Jaundis (warna kuning di kulit dan mata) 
-           Kehadiran jisim di kawasan berdekatan dengan permukaan tubuh yang
disebabkan oleh sel-sel  Kanser  telah merebak ke nodus limfa di leher
atau berdekatan dengan tulang selangka. 
  •   Gejala yang biasa
  •   Hilang selera makan, anoreksia dan penurunan berat badan
  •   Lemah dan kekurangan tenaga
  •         Susut badan disebabkan penyusutan otot.  


No comments:

Post a Comment