Sunday, May 27, 2012

Botol Air Mineral Punca Kanser???!!!




Tahukah Anda Bahayanya Botol Air Plastik????



Kadang-kala kita mengambil ringan pasal hal-hal sebegini, tanpa kita sedari ianya sangat la bahaya kepada kita terutamanya kepada para kaum wanita. Kecenderungan penduduk Negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya ia mengundang maut!!!..


Pernah kan anda minum air botol yang lama ditinggalkan dalam kereta. Kadang-kadang kita tidak tahu air botol yang ditinggalkan lama terperap lebih-lebih lagi didalam kereta, ianya sangatlah berbahaya untuk wanita. Dibawah adalah pengakuan penghidap kanser payudara.
Air dalam botol plastic di dalam kereta anda, sangatlah berbahaya. Dengan cara inilah SHERYL CROW mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia.
Seorang teman yang ibunnya di diagnose menghidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata “ Wanita tidak boleh  meminum minuman yang sudah lama berada didalam kereta. Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu  yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi perlulah berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah lama ditinggalkan didalam kereta, dan kirimlah pada teman-teman, saudara-mara wanita anda..
Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkusan plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl chloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti  mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.
“Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti cadmium yang digunakan sebagai ‘platisizer’ iaitu untuk meningkatkan  kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan cadmium didalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,”katanya.
"Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah," katanya.
Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.
"Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan," katanya.

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.
"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang," katanya.
Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.
Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.
"Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.
"Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.
"Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan," katanya.
Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

"Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
"Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan," katanya.
Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.
"Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.
"Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus," katanya.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment