Sunday, May 27, 2012

Menu Sihat Dengan Limau Nipis



Khasiat Limau Nipis


Limau nipis atau nama saintifiknya Citrus Aurantifolia, merupakan sejenis tumbuhan yang airnya dijadikan minuman dan juga di campurkan dalam masakan. Buah limau nipis ini dipercayai berasal daripada India dan Myanmar dan juga di Asia Tenggara. Kalau di barat ianya dipanggil lime, bagi bangsa sepanyol mengenalinya sebagai lima, manakala orang Arab menyebutnya limah. Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.

Pokok limau nipis kini ianya ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan juga subtropika. Tumbuhan limau nipis ini sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di Negara kita. Ianya boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir. Pokok limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 5 meter dengan mempunyai banyak cabang dan juga ranting. Pokok ini juga mempunyai duri yang tajam, keras dan pendek. Daunnya adalah jenis daun yang ringkas, susunan selang seli, lebar daun 2-5 cm dan tangkainya pula mempunyai sayap yang tirus. Bunganya berwarna putih dalam jambak yang keluar dari ketiak daun. Buah limau nipis pula berbentuk bulat dan juga bujur (jenis berry) dengan ukuran garis pusar sekitar 3-6cm dan kulitnya berwarna hijau ataupun hijau kuning. Kulit buahnya sangat nipis dan mengandungi kelenjar minyak, banyak air serta terlalu berasid dan wangi.


Limau nipis biasanya ditanam secara TUT di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Buah limau nipis ini juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi ianya jarang-jarang sekali dilakukan. Pokok ini mula berhasil pada tahunn kedua atau ketiga selepas ditanam tetapi jika tanam daripda biji ia akan memakan masa selama 5 tahun.
Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

Jus buah limau nipis mampu membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan juga vitamin C.






Khasiat dan manfaat Limau nipis:-

  1. Merawat demam panas.
  2. Merawat batuk.
  3. Merawat selesema.
  4. Merawat sakit hempedu.
  5. Mampu membunuh cacing kerawit dalam perut dan usus.
  6. Menghentikan masalah cirit-birit.
  7. Menghentikan masalah hidung berdarah.
  8. Mampu merawat sakit sendi.
  9. Mengurangkan paras gula dalam darah.
  10. Mencegah arterioskterosis.
  11. Boleh digunakan sebagai pencuci luka.
  12. Mampu menghentikan merokok.
  13. Membantu membersihkan nikotin pada gigi dan mulut.
  14. Mencegah kulit kepala berkelemumur.
  15. Menyinkirkan sel kulit mati.
  16. Mengurangkan kedutan.
  17. Melembapkan kulit.
  18. Menyegarkan kesihatan kuku.







Demam panas
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan.

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Mencegah kulit kepala berkelemumur.
Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

Menyegarkan lagi kesihatan kuku.
Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.


Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment