Sunday, May 27, 2012

Menu Sihat Dengan Lobak Merah



Khasiat Lobak Merah


Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Sejak dari kurun ke-16 lagi tumbuhan ini telah mempunyai pernilaian pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Tumbuhan ini juga di percayai berasal daripada Jerman. Lobak merah ini juga tergolong sebagai sayuran dan ia menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Negara-negara Asean.

Lobak merah ini juga dipercayai mengandungi beta carotene, vitamin B, vitamin C, alpha carotene, kalsium, dan juga potassium. Carotene bertindak sebagai penguat sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru dan membuang toksin dalam badan.Ia juga dapat membantu pembiakan  dan pertumbuhan kanser , manakala bijinya pula boleh diminum seperti “teh” untuk mengubati penyakit kembung perut dikalangan kanak-kanak.
Lobak merah mengandungi banyak vitamin A. Ia diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Walaubagaimanapun dengan memakan lobak ianya teteap tidak akan dapat menghalang anda daripada memakai cermin mata. Tetapi dengan kekurangan vitamin A akan merosakan pengelihatan anda. Selain dari lobak, sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A.

Lobak merah ini juga boleh dijadikan sebagai jus. Ianya mempunyai khasiat untuk memperbaiki keadaan kulit kita. Jus lobak merah ini juga amat berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit jantung, diarrhea, dan juga mengatasi selsema iaitu membentuk antibody dalam badan. Selain itu juga lobak merah ini dikatakan dapat memanaskan badan, ia juga dapat melancarkan pengaliran haid dan air kencing.








Khasiat Dan Manfaat Lobak Merah

  1. Mengurangkan kandungan gula dalam darah.
  2. Mencegah kanser.
  3. Mengubati kencing manis.
  4. Mencegah ghout.
  5. Membantu sistem penghadaman.
  6. Mengelak penyakit jantung.
  7. Memelihara pengelihatan.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment