Sunday, May 27, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Mangga




Khasiat buah mangga



Buah mangga ini amat terkenal, dan pasti setiap orang mengenalinya. Ianya mempunyai pelbagai bentuk, warna isinya kuning, warna kulitnya umumnya hijau, isinya juga ada yang bersemburat merah dan rasanya sangat  manis. Buah ini tidak hanya disukai orang dewasa, tapi juga anak-anak. Mangga (Mangifera indica) adalah buah tropika. Ketika masih mentah (muda), buah ini pun banyak dicari untuk dijadikan rojak dan ianya juga amat digemari oleh wanita yang hamil.
Mangga adalah tumbuhan yang asli dari India. Malah ianya kini sudah berada di seluruh Negara termasuk Indonesia. Tanaman Mangga mampu  tumbuh dengan baik di kawasan tanah rendah dan juga bersuhu tinggi. Tapi, ada juga juga yang boleh tumbuh di kawasan yang memiliki ketinggian hingga 600 meter di atas permukaan laut.
Mangga memiliki banyak varietas. Ada yang menyebutkan, setidaknnya terdapat 2.000 jenis mangga di dunia. Selain rasanya yang sangat manis dan menyegarkan, buah mangga ternyata juga memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan. Kerana buah mangga ini mengandungi zat-zat yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Mangga kaya dengan pelbagai zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin  A, dan juga vitamin C.Ianya juga boleh dijadikan sebagai jus mangga. Amalan memakan atau minum jus mangga yang dihasilkan daripada buah mangga adalah sangat bagus.

Dengan mengamalkan pengambilan  buah mangga ini, kita mampu mengurangkan penyakit hernia. Hernia menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Sekiranya kita minum jus mangga secara konsisten, ianya amat berkesan  untuk meredakan dan menyembuhkan penyakit hernia. Kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam buah mangga akan mempercepatkan proses pemyembuhan di dalam dan juga di luar badan.
Satu kajian telah dijalan, dan terbukti buah mangga ini adalah sumber karotenoid yang dipanggil beta crytoxanthin, iaitu bahan pembunuh kanser yang baik. Mangga juga kaya dengan antioksidan seperit vitamin C dan vitamin E. Dengan satu biji buah mangga mengandungi tujuh gram serat yang dapat membantu sistem pencernaan. Sebahagian besar serat larut dalam air dan ianya dapat memelihara kolesterol agar normal.
Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin  A,B dan c. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan, sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avocado. Isi buah mangga ada di antaranya kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun ianya kelihatan leceh dan agak kotor.

Buah mangga tergolong dalam family yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusviol, walaupun tidak mempunyai serupa yang banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang yang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balas alergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu.Daun-duan buah mangga adalah toksik terhadap lembu.
Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebadai corak Paisley.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

1 comment:

  1. Best bets for soccer today - Sports Toto
    Today, we're going to tell you sol.edu.kg a few key to checking into soccer betting apps. หาเงินออนไลน์ of the most gri-go.com popular soccer 사설 토토 사이트 betting options and which ones will https://octcasino.com/

    ReplyDelete