Khasiat Limau Purut
Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut, kerana ia mempunyai rasa yang masam dan sedikit pahit. . Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.
Limau purut sama seperti limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok limau purut ini pula agak perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya pula boleh mencapai sehingga 30 meter. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung daun, ianya berbentuk seperti nombor lapan.
Daun limau purut banyak kegunaannya, ianya digunakan didalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain ia berkesan sebagai penggelak antikanser atau pencegah kanser, limau purut ini juga boleh digunakan untuk memcuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapy nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
Limau purut mempunyai khasiat istimewa, ia dapat melembutkan, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi. LImau purut juga dikatakan dapat memneri kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.
Apakah khasiat Limau Purut?
Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
• Sebagai wangian dalam aromatherapy. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.
• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
Limau Purut baik untuk rambut
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
Kesalahan dalam Penjagaan Rambut
• Jika membasuh rambut sekali atau dua kali seminggu. Dinasihatkan agar selang sehari rambut dicuci agar dapat menyandari dari cuaca serta pencemaran disekililing.
• Jika menyikat rambut ketika basah. Keadaan rambut jika basah sangat lemah dan akan mudah pecah atau putus.
• Jika mengelap rambut secara kasar ketika rambut basah dengan tuala akan terjadinya rambut gugur dan putus. Biarkan ianya kering dengan sendirinya.
• Jika mengikat rambut ketat-ketat akan menyebabkan rambut bercabang dan menghalang pertumbuhan rambut.
• Jika sering dikerintingkan atau diwarnakan akan menghancurkan lapisan protein, menjadikannya kering.
• Jika sinar matahari yang terlalu panas akan membuat rambut rosak dan kering. Sediakanlah payung atau topi lebar untuk melindungi rambut anda.
Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment